KELEBIHAN APABILA SUAMI DAN ISTERI BERPELUKAN - razifffhassan

Blog ini adalah wadah interaktif yang memperkaya wawasan dengan beragam konten bermanfaat. Karya penulisan artikel mengenai keselamatan, pekerjaan, hobi, rutinitas, musik, astronomi, percintaan, budaya, dan inovasi teknologi. Selain itu, Anda akan menemukan tips praktikal untuk kehidupan sehari-hari. Terima kasih kerana singgah. Selamat membaca!

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

19 November 2021

KELEBIHAN APABILA SUAMI DAN ISTERI BERPELUKAN

Kata Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah:

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun,sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah”.

Nota:Tidak ada Nas-nas sohih yang menyebutkan memeluk isteri dapat memanjangkan umur.Namun tidak menjadi kesalahan untuk kita beramal dengan kajian tersebut.Yang memanjangkan umur manusia itu adalah Allah..Memeluk isteri itu cuma asbab dipanjangkan umur.


Apa itu Hormon endorfin?

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Menurut Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah lagi ada kajian di Amerika Syarikat mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

Oleh itu kalau anda mahu isteri anda sentiasa kelihatan “menarik” rajin-rajinlah peluk isteri :))

Sebenarnya ada banyak lagi kajian pakar-pakar berkaitan kelebihan memeluk isteri.Kesan dari pelukan isteri ia dapat mengurangkan tekanan emosi,merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung.Menurut kajian wanita lebih banyak mendapat faedah dari lelaki,ini kerana hormon Oksitosin yang dikeluarkan oleh wanita lebih banyak berbanding dengan lelaki.


Apa itu hormon Oksitosin?

Hormon Oksitosin (oxytocin) juga disebut sebagai Hormon cinta..Oksitosin bermanfaat untuk mengurangkan rasa cemas dan stres..Hormon ini juga mewujudkan perasaan selesa,ghairah,dan seksualiti.

Kalau kita rujuk kepada agama,kita mendapati kajian-kajian tersebut memang raleven..Ini kerana islam memang menuntut umatnya agar saling berkasih sayang dan bermesra sesama suami dan isteri.

Dalam hadis riwayat Abu Daud:Rasululloh SAW biasa setiap hari tidak melupakan untuk mengunjungi kami (para isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampirinya dan membelainya,sekalipun tidak mencampurinya, sehingga sampai ke tempat isteri yang tiba gilirannya,lalu bermalam disitu.

Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.”

Dalam riwayat Bukhari lagi diriwayatkan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.Sekali sekala bolehlah mempraktikkan sunnah ini..Isteri membonceng di belakang anda..



Bila Nak Peluk Isteri?

Saya rasa waktu yang sesuai yang memungkin anda memeluk isteri dalam tempoh yang lama adalah ketika menonton tv dan ketika nak tidur. Tapi cara peluk antara dua situasi itu kenalah berbeza.. Ketika menontoh tv lebih sesuai peluk dibahu isteri.. Anak-anak kan tengok hehehe.. Kalau nak tidur tu tak mengapalah nak peluk isteri macam mana pun.. Peluklah dengan kasih sayang dan jadikan ia sebagai amlan harian…

Dikuasakan oleh Blogger.

Menu

Meringankan PC atau Laptop Windows Anda

Technologies Cara untuk Meringankan PC atau Laptop Windows 10 Anda Cara untuk Meringankan PC atau Laptop W...

Jumlah Paparan Halaman

Powered By Blogger

(Creative expression makes a meaningful contribution to writing, literature, and knowledge)