Kaum yang hilang - razifffhassan

Blog ini adalah wadah interaktif yang memperkaya wawasan dengan beragam konten bermanfaat. Karya penulisan artikel mengenai keselamatan, pekerjaan, hobi, rutinitas, musik, astronomi, percintaan, budaya, dan inovasi teknologi. Selain itu, Anda akan menemukan tips praktikal untuk kehidupan sehari-hari. Terima kasih kerana singgah. Selamat membaca!

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

27 Disember 2016

Kaum yang hilang

Kaum Yang Hilang

Bani Jawi Musuh Yahudi yang sebenarnya. Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi @ ‘kaum yang hilang’.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan lemah lembut mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jawi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kepada 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’

Berdasarkan hadis, kebangkitan Islam di akhir zaman umpama satu badan. Timur  adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabung nya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah  tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak. Ertinya, bila Islam di Timur dan Khurasan bersatu, Islam akan mendapat kekuatan baru seperti yang ditunggu-tunggu selama ini.

Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke Yunnan.

Banyak kajian yang dilakukan oleh ilmuan Islam terhadap hadis-hadis berkaitan perjalanan menuju Hari Kiamat, yakni akhir zaman. Begitu juga dengan Kebangkitan Islam dari Timur.

Berdasarkan kenyataan di atas, terdapat hubung kait antara Timur dan Khurasan. Umat Islam dari Timur akan bangkit menghapuskan kebathilan serta menegakkan haq kebenaran, seterusnya menuju ke bumi Khurasan lalu bergabung kekuatan keduanya dalam menegakkan kalimah tauhid.

Namun di manakah pula Timur yang dimaksudkan itu?

Di dalam satu Hadis Nabi SAW, terdapat seorang lelaki yang digelar Al-Hasyimi muncul dari hujung timur. Terdapat beberapa tanda pada badannya. Sebahagian pendapat menyatakan, Al-Hasyimi mempunyai hubungan hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahadi dari sebelah bapa.

Ramai berpendapat bahawa wilayah Timur itu ialah bumi alam Melayu. Hujung Timur pula ialah sekitar Empayar Langkasuka di bahagian Patani, Kelantan serta Benua Terqanun. Panji Hitam akan ditegakkan di *Langkasuka seterusnya keseluruh Nusantara serta membebaskan negeri-negeri Islam dari cengkaman kafir serta agen mereka. Setelah seluruh bahagian timur bercahaya dengan sinar Islam sebenar, pasukan tentera Islam dari Timur ini menuju ke Khurasan dalam misi membebaskan seluruh isi dunia dan menegakkan kalimatul-haq.

Langkasuka di dalamnya terkandung 3 buah negeri yang pernah subur sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara suatu masa dahulu.

- Shukur Raman -

Dikuasakan oleh Blogger.

Menu

Meringankan PC atau Laptop Windows Anda

Technologies Cara untuk Meringankan PC atau Laptop Windows 10 Anda Cara untuk Meringankan PC atau Laptop W...

Jumlah Paparan Halaman

Powered By Blogger

(Creative expression makes a meaningful contribution to writing, literature, and knowledge)