PANASS!! KEDAI ECO (ECOSHOP) SUDAH MENGUMUMKAN AKAN MENAIK HARGA BARANGAN DARIPADA RM2.10 KEPADA RM2.20 SELURUH CAWANGAN BERMULA DARI 1 DISEMBER 2021!!
Seperti semua orang
tahu, kedai yang digemari oleh kebanyakan rakyat malaysia Eco Shop atau
kedai barangan harian yang sering mendapat perhatian serta pengemar kedai
merupakan salah satu ‘syurga’ membeli-belah rakyat Malaysia.
Manakan tidak, majoriti item yang dijual di Eco Shop hanya
berharga RM2.10 di Semenanjung Malaysia, manakala di kawasan Langkawi, Sabah
dan Sarawak, pembeli boleh mendapatkan kebanyakan barang harian di sini dengan
harga serendah RM2.20. Ekoran daripada kenaikan harga barangan dan kenaikan harga minyak sejak akhir-akhir ini.
Setelah hampir 1 dekad mengekalkan harga RM2.10 sejak kali pertama di perkenalkan di negara ini, Eco Shop Malaysia melalui laman Facebook rasmi hari ini mengeluarkan notis perubahan harga jualan bermula 1 Disember 2021.
Menurut notis tersebut, pihak Eco Shop akan menaikkan
harga barang kepada RM2.20 di cawangan Eco Shop di Semenanjung Malaysia,
sementara di cawangan Langkawi, Sabah dan Sarawak, harga barangan di Eco Shop
akan berubah kepada RM2.40 (sebanyak RM0.30) bagi setiap yang dijual.
Dalam pada masa yang sama, pihak Eco Shop turut mengesali
pengumuman kenaikan harga tersebut dan kenaikan sebanyak RM0.10 adalah sangat memadai dan berpatutan dengan kepelbagaian item yang jauh lebih murah dari yang lain, berharap para pelanggan terus memberikan sokongan kepada jenama mereka pada masa akan datang.