Apa itu NADOPOD ? - razifffhassan

Blog ini adalah wadah interaktif yang memperkaya wawasan dengan beragam konten bermanfaat. Karya penulisan artikel mengenai keselamatan, pekerjaan, hobi, rutinitas, musik, astronomi, percintaan, budaya, dan inovasi teknologi. Selain itu, Anda akan menemukan tips praktikal untuk kehidupan sehari-hari. Terima kasih kerana singgah. Selamat membaca!

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

11 Januari 2020

Apa itu NADOPOD ?


Apa itu NADOPOD ?

NADOPOD atau nama panjangnya adalah:
Notification of Accident, Dangerous Occurence, Poisoning and Occupational Disease (N.A.D.O.P.O.D)

Sebenarnya NADOPOD ini adalah sistem yang sama digunapakai di United Kingdom yang diberi nama RIDDOR

RIDDOR atau nama panjangnya adalah:
Reporting of Injuries, Disease and Dangerous Occurences Regulation (R.I.D.D.O.R)

Image result for RIDDOR
Jadi NADOPOD ini adalah suatu sistem untuk Safety and Health Officer/ majikan sesebuah organisasi bagi melaporkan sebarang kemalangan/kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit tempat kerja kepada pihak JKKP/DOSH secara sistematik.
Mari kita kupas satu persatu maksud NADOPOD itu dahulu:

Notification 
Pemberitahuan, melaporkan sesuatu perkara


Accident 
Kemalangan atau kecelakaan di tempat kerja yang mempunyai mangsa
Contoh: Tangan tersepit di mesin, Kaki terpijak Paku

Dangerous Occurence (Near Miss)
Kejadianberbahaya di tempat kerja
Contoh: Kren terbalik tapi tiada mangsa

Poisoning 
Keracunan bahan kimia atau bahan berbahaya di tempat kerja
Contoh: Tertelan asid di tempat kerja, Bahan kimia meresap ke dalam badan

Occupational Disease 
Penyakit yang berlaku akibat dari persekitaran tempat kimia
Contoh: Dermatitis/Penyakit kulit akibat pendedahan bahan kimia, Kanser,hyperthyroid akibat terdedah kepada bahan kimia Iodine

TUJUAN NADOPOD

Tujuan NADOPOD diwujudkan adalah untuk membantu pihak berkuasa (DOSH) bagi mengenalpasti punca kecelakaan dan kemalangan bagi menentukan langkah pencegahan yang sesuai untuk mengelak kejadian yang sama berulang.Selain dari itu adalah untuk memberi data kepada pihak DOSH supaya dapat membuat analisis dan mewujudkan plan strategik untuk membantu penguatkuasaan undang-undang.

Borang NADOPOD
NADOPOD ini dari sudut orang yang melaporkan adalah dengan menggunakkan borang yang disediakan oleh pihak DOSH. Orang yang bertanggungjawab melaporkan kemalangan haruslah menggunakan borang standard yang disediakan oleh pihak DOSH.
Setiap borang mempunyai tujuan yang berbeza.Jadi orang yang ingin melaporkan kejadian haruslah tahu memilih borang yang betul.


Senarai Borang
Senarai di bawah adalah 5 contoh untuk borang-borang seragam NADOPOD yang biasa digunakan:

JKKP 6
    • Kemalangan dan Kejadian berbahaya



      JKKP 7
        • Keracunan dan Penyakit tempat Kerja




          JKKP 8
            • Daftar/register tahunan kemalangan, keracunan, penyakit bagi seseubah organisasi











            JKKP 9
            •  Borang ini digunakan hanya bila Ketua Pengarah DOSH atau mana-mana pegawai DOSH memerlukan maklumat tambahan bagi sesuatu kecelakaan atau kemalangan sahaja.


                JKKP 10
                  • Borang ini digunakan hanya bila Ketua Pengarah DOSH atau mana-mana pegawai DOSH memerlukan maklumat tambahan bagi sesuatu kecelakaan atau kemalangan sahaja.










                    Kupasan terperinci mengunakan 

                    BORANG JKKP 6 
                    • Borang ini digunakan untuk Kemalangan dan Kejadian berbahaya sahaja. 
                    • Perlu diingatkan kepada pembaca ya, bukan semua kemalangan yang perlu dilaporkan kepada pihak DOSH. 
                    • Hanya kemalangan yang mengakibatkan pekerja tidak dapat bekerja/MC selama lebih 4 hari sahaja yang wajib dilaporkan ke pihak DOSH. 
                    • Maksudnya MC 5 hari sudah wajib lapor ke pihak DOSH. Kalau dah mati wajib report lah yee (info ini sangat penting!) 
                    • Bagi Kejadian berbahaya (Dangerous occurence) anda boleh rujuk OSHA 1994 (Regulation NADOPOD,  Second Schedule, subregulation 5 (1). 
                    • Disertakan dibawah sedikit keratan Schedule II sebagai rujukan; 


                    • Borang JKKP 6 harus dihantar ke DOSH sebelum 7 hari daripada hari kejadian tersebut berlaku. Tujuh hari bermaksud tujuh hari bekerja. 
                    • Borang haruslah dihantar kepada mana-mana cawangan DOSH terdekat. 

                     2. BORANG JKKP 7
                    • Borang ini digunakan untuk melaporkan Keracunan atau Penyakit tempat kerja.
                    • Contoh-contoh keracunan dan penyakit pekerjaan yang wajib delaporkan bolehlah rujuk kembali  OSHA 1994 (Regulation NADOPOD,  Third Schedule, Regulation 7)
                    • Disertakan dibawah sedikit keratan Schedule III sebagai rujukan;

                    • Borang JKKP 7 harus dihantar ke DOSH sebelum 7 hari daripada hari kejadian atau hari dapat informasi tentang penyakit yang berkenaan. Tujuh hari bermaksud tujuh hari bekerja.
                    • Borang haruslah dihantar kepada mana-mana cawangan DOSH terdekat

                    3) BORANG JKKP 8
                    • Borang JKKP 8 digunakan untuk daftar segala kejadian yang berlaku seperti kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan, dan penyakit pekerjaan bagi setiap tahun
                    • Borang ini digunakan seperti summary setiap incident dan accident yang terjadi dalam sebuah organisasi setiap tahun.
                    • Di dalam borang ini juga terdapat maklumat Loss time injury, maklumat jumlah pekerja di sesebuah organisasi, accident rate, fatalitiy rate dan sebagainya.
                    • Sesebuah syarikat atau organisasi terlibat haruslah menghantar borang JKKP 8 bagi tahun sebelumnya sebelum 31 Januari setiap tahun yang terkini.
                    • Jika tiada kemalangan bagi tahun yang terlibat, majikan harus menghantar surat bertulis kepada pihak DOSH berkaitan maklumat syarikat.

                    4) BORANG JKKP 9 & JKKP 10
                    • Borang ini saya rasa tak perlu dikupas lanjut
                    • Kerana Borang ini hanya perlu diisi atas permintaan pihak DOSH bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan kemalangan/kejadian yang tertakluk dalam Schedule IV, Nadopod Regulation.
                    • Dibawah anda dapat melihat penerangan secara ringkas mengenai Accident Reporting.


                    Syarikat atau Industri mana yang wajib praktis NADOPOD ni?

                    Nak tahu industri mana yang wajib menggunakan sistem NADOPOD ini seperti AKta 514 (OSHA 1994)? Sila lihat senarai di bawah:


                    • Penalti jika tidak melaporkan kemalangan
                    Jika ada pihak yang ingkar atas arahan peraturan ini, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak tidak lebih RM10K atau penjara selama satu tahun atau kedua-duanya sekali.

                    Sekian,

                    Terima Kasih.
                    Spacial Thanks to 
                    En. Yosni b Yeop
                    Dikuasakan oleh Blogger.

                    Menu

                    Meringankan PC atau Laptop Windows Anda

                    Technologies Cara untuk Meringankan PC atau Laptop Windows 10 Anda Cara untuk Meringankan PC atau Laptop W...

                    Jumlah Paparan Halaman

                    Powered By Blogger

                    (Creative expression makes a meaningful contribution to writing, literature, and knowledge)