Punca ‘segregation’ pada permukaan konkrit
1.) Konkrit terdiri daripada campuran agregat seperti batu baur dan simen yang digaul bersama dengan kuantiti air yang dibenarkan. Walaubagaimanapun, agregat dalam konkrit boleh menjadi terasing jika cara penyediannya
/penggaulannya tidak menepati kehendak teknikal konkrit yang sepatutnya.
2.) Agregat terasing ini umpamanya agregat batu baur yang kelihatan terpisah dengan campuran air simen menjadikan agregat dalam konkrit menjadi tidak seimbang sehingga mengakibatkan kecacatan permukaan konkrit dalam situasi konkrit kering.
3.) Kecacatan permukaan ini dikenali sebagai ‘segregation’ (pengasingan). Bagaimana ‘segregation’ ini boleh terjadi?
Punca ‘Segregation’?
3.1.) Konkrit basah dituang dari tempat yang tinggi
Klausa 4.7.1.5 (JKR Building Works 2014) menetapkan penuangan konkrit yakni jarak antara permukaan dari konkrit yang hendak dituang tidak boleh melebihi 1.5 m.
Penuangan konkrit dari tempat tinggi melebihi 1.5 m dikhuatiri akan menyebabkan ketidakseimbangan campuran agregat dalam konkrit dimana agregat batu yang sampai ke permukaan tanah/lantai terlebih dahulu ketika proses penuangan.
Walaubagaimanapun, penuangan konkrit daripada ketinggian 1.5 m dibolehkan sekiranya penuangan itu menggunakan ‘chute’
Adapun minimum untuk kes tuang konkrit berdasarkan ACI 301-99 (Specifications for Structural Concrete) ialah 0.6 m atau 0.9 m.
3.2.) ‘concrete vibrator’ (penggetar konkrit)
Kerja-kerja getaran terhadap agregat konkrit menggunakan ‘concrete vibrator’ antara kerja yang dianggap kritikal. Sebab itu, kerja-kerja seperti ini sepatutnya dikendalikan oleh buruh yang berpengalaman dalam kerja getaran konkrit.
Andai tersilap langkah boleh menjejaskan kedudukan rebar yang telah disusun (sekiranya berlakunya sentuhan) dan turut mengakibat masalah ‘segregation’ pada permukaan konkrit sekiranya ‘vibrator’ tidak dikendalikan dengan cermat.
Umpamanya pengetaran secara berlebihan yakni membiarkan ‘vibrator’ menggetar konkrit pada kedudukan yang sama dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan pengasingan agregat ketika getaran.
Source ;
1.) JKR Standard Specification of Building Works 2014
2.) American Society of Concrete Contractor (Free Fall of Concrete)
3.) City University of Hong Kong (Concreting)
4.) Juan Rodriguez, 2019 (Concrete Vibrating Tips)