Sikap Amalan Keselamatan yang perlu di praktik di tempat kerja - razifffhassan

Blog ini adalah wadah interaktif yang memperkaya wawasan dengan beragam konten bermanfaat. Karya penulisan artikel mengenai keselamatan, pekerjaan, hobi, rutinitas, musik, astronomi, percintaan, budaya, dan inovasi teknologi. Selain itu, Anda akan menemukan tips praktikal untuk kehidupan sehari-hari. Terima kasih kerana singgah. Selamat membaca!

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

20 Januari 2020

Sikap Amalan Keselamatan yang perlu di praktik di tempat kerja

SIKAP AMALAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA




Definisi untuk Keselamatan:

Suatu keadaan yang selamat dari mengalami atau menyebabkan kesakitan, kecederaan atau kerugian (kehilangan) (R. J. Eifler et. al.,1970, 1) (The condition of being safe from undergoing or causing hurt, injury or loss.)


Guru kami (En. Yosni b. Yeop) seringkali meminta untuk kami  membezakan 2 konsep berikut: 


“Utamakan Keselamatan”

“Mencegah Kemalangan” 


Ya, yang pasti anda akan mendapati terdapat 2 jawapan yang mengkagumkan.






Kemalangan:

Kemalangan adalah insiden tidak terancang yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada individu, kemusnahan kepada logi dan alatan atau kedua-duanya sekali (James, D.W.B.,1983, 5).

(An accident is an unplanned event, which could result in injury to persons, or in damage to plant and equipment or both.)


Contoh Tempat Bekerja:

  1. Bengkel (workshop)
  2. Makmal Ujian (Test laboratory)
  3. Stor (Storage)
  4. Pejabat (Office)
  5. Tapak binaan (construction site)
  6. Dalam kenderaan (inside vehicle/ aircraft, vessel)
  7. Loji (Plant)





Contoh perbuatan semasa semasa melakukan sesuatu di tempat kerja

  1. Merangkak (crawling)
  2. Membongkok (crouching)
  3. Memanjat (climbing)
  4. Mendengar (hearing)
  5. Mengangkat (Lifting)
  6. Menolak-menarik (Pushing-pulling)
  7. Mencapai (Reaching)
  8. Menghidu (inhaling)
  9. Melihat halus (Seeing depth)



 Contoh Keadaan Persekitaran di tempat kerja

  1.  Panas (hot)
  2.  Sejuk (Cold)
  3.  Terik/ Rimas (Humid)
  4.  Kering (Dry)
  5.  Tekanan (Pressure)
  6.  Bertoksid (Toxic Condition)
  7.  Berhabuk (Dusty)
  8.  Berminyak (Oily)
  9.  Basah (wet-water)
  10.  Bising/ bingit (noisy)
  11.  Bahaya kepada kepala (Head hazard)
  12.  Bahaya kepada Kaki (Leg/ Foot Hazard)



Contoh Bentuk Bencana:

  1. Terjatuh dari tempat lebih tinggi  
  2. Ditimpa objek
  3. Terhiris/ tertikam objek tajam
  4. Kebakaran
  5. Lemas



Contoh Kemalangan di tempat Kerja:

  1. Gas/ asap
  2. Terbakar/ melecuh/ melepuh
  3. Mesin:Mata(habuk)
  4. Mata (benda asing)  Pekerja Terjatuh
  5. Ditimpa objek yang terjatuh.
  6. Terpijak.
  7. Terlanggar
  8. Pengendalian manual
  9. Pengangkutan
  10. Mengendalikan alatan
  11. Mengendalikan bahan
  12. Mengendalikan radas/ mesin.
  13. Calar/ ruam/ gatal kulit



Contoh kecederaan yang kerap terjadi kepada pekerja:

  1. Terseliuh, terkehel,
  2. Bengkak , luka
  3. Patah/ kecederaan kaki.
  4. Kecederaan mata/ radiasi.
  5. Alahan bahan kimia
  6. Terbakar akibat bahah kimia
  7. Terbakar akibat haba
  8. Kecederaan tulang belakang
  9. Maut





Kos yang perlu ditanggung akibat kemalangan:

"Accident cost includes medical payments, compensation, overtime for replacement

workers, production delays, product or material damage, training of replacements, accident investigation cost, building or complex damages, equipment damages and business interruptions. (Boley, Jack W. 1977, 19)."


                      

Kos rawatan kecederaan:

  1. Kos kepada mangsa
  2. Kesakitan dan kesengsaraan
  3. Kerugian dalam bentuk pendapatan/ upah
  4. Kerugian dalam bentuk masa bekerja lebih masa
  5. Kerugian dalam bentuk prospek peningkatan/ kemajuan kerjaya.
  6. Terhalang dari aktiviti riadah dan sukan.
  7. Kecacatan kekal sepanjang hayat.





Kerugian dalam bentuk psikologi / keperibadian

  1. Kemusnahan psikologi.
  2. Kemurungan ahli keluarga.
  3. Mungkin kos yang paling berat ialah kos atas kematian (jika berlaku)



Kos yang perlu di Tanggung Oleh Majikan:

  1. Kehilangan pengeluaran
  2. Kemusnahan kepada peralatan
  3. Kos membaikpulih dan alat gantian
  4. Kos atas kerja lebih masa yang terpaksa dijalankan.
  5. Peningkatan premium insuran
  6. Penalti/ Penalti/ saman oleh JKKP / DOSH.
  7. Bayaran pampasan
  8. Kos Penyasatan dan Laporan.
  9. Kehilangan reputasi syarikat.
  10. Ice bergs Teori



Kos di berikan kepada Pekerja

Untuk jangka pendek dan panjang

  1. Total safety costs= Immediate Total safety costs= Immediate
  2. losses due to accidents +
  3. losses due to accidents +
  4. rehabilitation and restoration +
  5. rehabilitation and restoration +
  6. accident prevention costs + legal
  7. accident prevention costs + legal
  8. costs + insurance + welfare +
  9. costs + insurance + welfare +
  10. other safety costs + immeasurables
  11. other safety costs + immeasurables


Punca-punca Kemalangan (James, Punca-

D.W.B.,1983, 19)



Punca kemalangan terbahagi

kepada 2 bahagian:

  1. Punca yang berpotensi (potential causes) 
  2. Punca yang sebenar (actual causes)


Punca yang berpotensi adalah punca yang pada bila-bila masa boleh mencetuskan kemalangan. Sebagai contoh, perlakuan yang tidak selamat dan persekitaran yang tidak selamat boleh mencetuskan insiden kemalangan sekiranya dibenarkan berterusan. Faktor- faktor manusia seperti kekurangan kemahiran, daya penglihatan yang kabur ataupun bekerja di bawah pengaruh dadah atau alkohol juga tergolong dalam kategori ini.



Punca sebenar (actual causes)pula, hanya dapat di kenalpasti setelah berlakunya insiden kemalangan. Sesetengah punca yang berpotensi boleh juga menjadi punca sebenar apabila berlakunya insiden kemalangan.


Oleh itu, dalam proses mengenalpasti punca yang berpotensi, kita perlu:

  1. Kenalpasti amalan/ tabii bekerja yang tidak selamat.
  2. Kenalpasti sebab yang membawa kepada punca faktor personal.
  3. Kenalpasti keadaan persekitaran yang tidak selamat.
  4. Kenalpasti punca yang menjadikan keadaan tidak selamat.



Kelakuan yang tidak selamat (Unsafe Act)

  1. Melibatkan manusia (pekerja) contoh:
  2. Menyalahgunakan alatan/ mesin.
  3. Mencuri guna alatan tanpa autoriti.
  4. Mengabaikan peralatan perlindungan untuk tujuan keselesaan.
  5. Gagal memakai pakaian atau peralatan perlindungan diri.
  6. Mengabaikan prosedur keselamatan atau tatacara bekerja yang selamat.
  7. Bermain semasa bekerja (horseplay)
  8. Cuai (carelessness)
  9. Kesilapan (error)
  10. Kurang kemahiran atau tanpa mendapat latihan sempurna sebelum mengendalikan bidang pekerjaan yang berkaitan.



Keadaan yang tidak selamat (Unsafe Condition)

  1. Persekitaran yang melibatkan pekerja lain:
  2.  Mesin yang tidak tersenggara atau tidak punya alatan perlindung.
  3. Reka bentuk atau binaan alatan yang tidak selamat.
  4. Kurang senggaraan sempurna.
  5. Prosedur bekerja yang tidak selamat.
  6. Kurang latihan
  7. Arahan kabur.
  8. Persekitaran pekerjaan berselerak/ tidak kemas.
  9. Alatan rosak/ tidak sempurna.
  10. Kurang pencahayaan/ gelap.
  11. Kurang penyeliaan/ pengawasan.
  12. Alatan atau pakaian pelindung keselamatan diri kurang sempurna.
  13. Laluan terhalang /sempit/tanpa tanda petunjuk amaran/ arah.



Faktor manusia sebagai punca kemalangan di tempat kerja, meliputi:

  1. Persepsi, fizikal serta keupayaan mental manusia ketika berkomunikasi sesama individu lain semasa bekerja dan persekitaran di tempat kerja.
  2. Pengaruh peralatan dan rekabentuk sistem ke atas performans individu.
  3. Ciri-ciri organisasi yang mempengaruhi pelakuan individu yang berkaitan dengan keselamatan semasa bekerja.



Kesalahan daripada Pekerja

  1. Kekerapan membuat silap dari pekerja yang sama
  2. Kekurangan tenaga pelatih
  3. Penilaian yang buruk (poor judgement)
  4. Kesihatan yang tidak sihat (poorhealth)
  5. Sikap tidak baik (poor attitude)



Kesalahan daripada Majikan

  1. Kekurangan kemahiran penyelia untuk mengawal selia.
  2. Kurang mendapat sokongan dari pihak tertinggi syarikat untuk bersama-sama memenuhi segala tuntutan seperti didalam dasar keselamatan.
  3. Jawatan Penyelia tidak mencukupi untuk mengawal disiplin pekerja.
  4. Penyelia yang tidak berkelayakan untuk menjalankan tugas menyelia.




Heinrich telah mengganggarkan bahawa 88 % dari 75,000 kemalangan yang ditinjau oleh beliau adalah berpunca daripada perlakuan tidak selamat oleh seseorang (Hammer 1989, 155)



Kesilapan manusia ditakrifkan sebagai tindakan mana-mana individu yang tidak konsisten dengan corak tingkahlaku yang dikehendaki untuk diterima sebagai normal, ataupun tingkahlaku yang bercanggah dari prosedur yang tertulis. 



Terdapat dua bentuk kesilapan manusia, iaitu kesilapan yang boleh dijangkakan (predictable errors) dan kesilapan rawak (random errors).


  1. Kesilapan yang boleh dijangkakan (predictable errors)adalah berdasarkan dari pengalaman akan menunjukkan bahawa dalam keadaan persekitaran yang serupa, seseorang itu akan cenderung mengulangi kesilapan yang telah dilakukan tersebut. Contoh, Seseorang itu cenderung menuruti prosedur yang paling minimal menggunakan kudrat mental atau fizikal, yang paling kurang tidak selesa atau paling menyenangkan.
  2. Kesilapan rawak (random errors) pula adalah dijangkakan, unik dan tidak menggambarkan punca yang spesifik. Contoh, seseorang yang paling kompeten akan hilang konsentrasinya dan terjebak melakukan kesilapan apabila tumpuan beliau diganggu oleh faktor lain.



Kesilapan manusia secara umumnya berpunca kepada:  Kegagalan melaksanakan fungsi yang dikehendaki (omission). Melakukan fungsi tambahan yang tidak dikehendaki. Kegagalan mengenalpasti situasi merbahaya yang memerlukan tindakan pemulihan yang segera. Mengambil keputusan yang silap kepada masalah yang berbangkit.

Jangkaan masa yang lemah, mengakibatkan tindakbalas menjadi terlalu lewat atau terlalu awal.




Teori Murphy (Murphy's Law)

Memperihalkan sikap manusia yang cenderung melakukan kesilapan sehingga menyebabkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.



Fakta Bonus:

Terdapat 4 versi Teori Murphy, seperti berikut: 

  1. Mana-mana tempat kerja yang boleh dilakukan secara tidak kemas, walau sekecil manapun kemungkinannya, akan pasti suatu hari kelak akan dilakukan juga.
  2. Walau seteguh (setegap) mana sekalipun sesuatu peralatan itu, manusia masih boleh mencari jalan untuk memusnahkannya.
  3. Mana-mana alatan yang berkemungkinan rosak adalah dijangkakan akan rosak pada ketika ianya paling diperlukan dan pada masa yang paling merugikan.
  4. Semua arahan akan diabaikan apabila manusia berdepan dengan situasi yang paling rumit dan paling merbahaya.
Dikuasakan oleh Blogger.

Menu

Meringankan PC atau Laptop Windows Anda

Technologies Cara untuk Meringankan PC atau Laptop Windows 10 Anda Cara untuk Meringankan PC atau Laptop W...

Jumlah Paparan Halaman

Powered By Blogger

(Creative expression makes a meaningful contribution to writing, literature, and knowledge)