Tragedi Bhopal 1984 : A Prayer for Rain - razifffhassan

Blog ini adalah wadah interaktif yang memperkaya wawasan dengan beragam konten bermanfaat. Karya penulisan artikel mengenai keselamatan, pekerjaan, hobi, rutinitas, musik, astronomi, percintaan, budaya, dan inovasi teknologi. Selain itu, Anda akan menemukan tips praktikal untuk kehidupan sehari-hari. Terima kasih kerana singgah. Selamat membaca!

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

11 April 2020

Tragedi Bhopal 1984 : A Prayer for Rain


BHOPAL DISASTER- Kisah Malapetaka Pencemaran Kimia Paling Dasyat Di Dunia


Suatu malam pada awal Disember 1984, sejenis bahan kimia Methyl Isocynate (MIC) telah terlepas dari tangki di kilang. Dalam satu malam, tiupan angin ke arah selatan telah membawa lebih daripada 30 tan gas ini bertebaran di suatu kawasan yang padat dengan penduduk iaitu Bhopal, India.

Malapetaka dasyat ini telah membunuh sekitar 3,787 orang pada malam tersebut dan hampir 16,000 kematian selepas itu. 500,000 individu lain mengalami kecederaan termasuk kecacatan kekal. Tidak terkecuali, haiwan haiwan ternakan yang mati bergelimpangan.




Kes ini telah mengheret kerajaan India untuk menggubal Bhopal Gas Leak Disaster Act bagi menggerakkan satu penyiasatan besar-besaran yang menatijahkan kos termasuk ganti rugi sebanyak lebih dari USD400 million. Akta itu memberi kuasa kepada kerajaan India untuk mewakili semua warganegaranya yang menjadi mangsa.



Bagaimana industri kimia yang amat berbahaya ini boleh dibina dekat dengan kawasan penduduk yang padat?

Ia adalah projek untuk meningkatkan sosial ekonomi di kawasan Bhopal, yang mana aktiviti ekonominya adalah berasaskan pertanian – barli sebagai tanaman utama.

Akibat kesan ekonomi dan hasil jualan produk yang semakin menurun, pihak pengurusan memperjudi nasib pekerja dan penduduk apabila terlalu banyak memotong bajet untuk keselamatan.

Oleh kerana itu jumlah pekerja juga dikurangkan, kekemasan tempat kerja tidak tersusun (House keeping), pekerja tidak diberikan training sepatutnya, Personal Protective Equipment (PPE) tidak mencukupi, kerja-kerja penyelenggaraan tidak dilakukan. Malah antara isu utama ialah, pekerja terdiri daripada orang tempatan India tetapi Manual operasi disediakan dalam English (Job Description) langsung tidak memahami. 


Ermm.. perkara kt atas tu, Macam biasa dengar kan? Mesti dari SHO di tempat anda kan?



Hanya separuh pekerja yang menjalankan operasi pada malam itu kerana kekurangan pekerja dan syif berterabur. Supervisor untuk mengurus pekerja tidak ada. Kepenatan pekerja yang terpaksa kerja lebih masa membawa kepada kurangnya tumpuan terhadap sistem keselamatan kilang. Kesatuan pekerja telah banyak kali membuat aduan.


Kronologi Kejadian

Malapetaka ini bermula apabila pekerja hendak membersihkan paip yang berhubung ke tangki yang menyimpan lebih daripada 40 tan MIC. Secara tiba-tiba berlaku bypsss dan air telah terlepas masuk dalam tangki MIC sedangkan ia TIDAK BOLEH bercampur dengan air.

Tindak balas kimia berlaku dan meningkatkan suhu lalu menyebabkan tekanan di dalam tangki mendadak naik, melepaskan lebih 40 tan gas MIC ke udara dalam masa kurang sejam. Kebiasaan apabila gas dilepaskan, menara flare (siapa biasa lalu Kerteh boleh tengok menara flare) akan membakar dan menukarkan MIC kepada karbon dioksida.




Namun pada malam itu, menara flare juga gagal berfungsi sebab tak buat maintenance MIC – gas yang lebih berat dari udara dan oksigen menyebabkan gas ini bertebaran di para s manusia dan semakin ke bawah (tidak merawak ke atas seperti asap) lalu kandungan oksigen dalam udara diatasi oleh kandungan MIC. Individu yang lebih rendah dan kanak kanak terutamanya adalah golongan yang paling terkesan kerana gas ini lebih berat dari udara biasa dan berkumpul di bawah.


Pernahkan anda mengalami situasi lemas?

Ketika kelemasan, mangsa akan panik dan terpaksa membuat satu pilihan iaitu terus bernafas walaupun tahu udara itu beracun. Individu yang lemas di dalam air juga akan menyedut air ke paru paru walaupun tahu mereka akan lemas.



Gas yang bertebaran di kawasan penduduk Bhopal yang padat menyebabkan orang ramai terpaksa menghirup MIC ke dalam pernafasan mereka.

Mangsa mengalami batuk, sakit mata yang teruk, sesak nafas, terbakar di saluran pernafasan, terbakar kulit, sakit perut dan muntah.

Bayangkan suasana menjadi terlalu panik sehingga orang ramai yang melarikan diri lebih ramai dari yang bergerak menaiki kenderaan.

Mereka berlari semata-mata untuk mencari oksigen dan bernafas seperti biasa, dalam keadaan panik. Semakin mereka berlari, semakin banyak udara (gas MIC) yang disedut dan kesan ke atas sistem respiratori badan semakin kritikal.



Pihak hospital tidak bersedia untuk merawat mangsa yang terdedah kepada gas MIC (penting untuk hospital/klinik mempunyai akses kepada bahaya yang boleh tercipta daripada industri-industri yang berada di sekelilingnya).

Pegawai perubatan hanya mampu memberi ubat batuk dan menitik ubat ke dalam mata kepada sesiapa yang menyerbu hospital untuk mendapatkan rawatan.

Keesokan harinya, mayat manusia bergelimpangan di jalanan. Daun-daun pokok luruh dan sekitar 2000 ekor kerbau, lembu dan haiwan ternakan lain mati bergelimpangan di jalanan.




Akibat Kegagalan Industri Mematuhi Undang-Undang

Demikianlah sebuah malapetaka yang melanda penduduk miskin di India akibat kerakusan pemodal yang tidak berperikemanusiaan.

Kesengsaraan penduduk yang masih hidup masih berparut. Ramai kanak kanak yang lahir dengan kecacatan fizikal dan mental. Banyak keluarga hilang tempat bergantung dan sumber pencarian.

Di akhir perbicaraan kes ini, syarikat yang bertanggungjawab hanya perlu membayar 470 juta USD sebagai pampasan kepada mangsa. Jumlah ini adalah jauh lebih kecil berbanding keuntungan tahunan syarikat ini iaitu 9.5 billion! 20 kali ganda dari jumlah denda yang di bayar syarikat ini. Setelah di agihkan kepada mangsa, jumlah yang di terima mangsa sangat sedikit. Jauh lebih sedikit dari jumlah BRIM yang anda terima.

Pembangunan pesat industri memang boleh membawa kesan ekonomi positif kepada masyarakat. Tetapi kegagalan industri untuk mematuhi peraturan keselamatan adalah satu permulaan kepada malapetaka dasyat yang tidak dapat di gambarkan.

Keselamatan pekerja tidak boleh di kompromi. Undang undang sedia ada melindungi hak pekerja untuk selamat. Ketahui hak anda dan laporkan sekiranya hak anda di cabuli!


Adaptasi Filem (Berdasarkan kisah benar)

Kisah tragedi ini boleh di tonton dalam filemyang di adaptasi dari kejadian sebenar ini.



Filem Bhopal – A Prayer for Rain
Safety Health Film
Dikuasakan oleh Blogger.

Menu

Meringankan PC atau Laptop Windows Anda

Technologies Cara untuk Meringankan PC atau Laptop Windows 10 Anda Cara untuk Meringankan PC atau Laptop W...

Jumlah Paparan Halaman

Powered By Blogger

(Creative expression makes a meaningful contribution to writing, literature, and knowledge)